Thursday, July 7, 2011

memiliki cas negative berlebihan :(

ade arus electric dlm bdn saya ... sape nak test..


harini khairunnisa hasan shakri bekerja seperti biasa....
menjalani hari2 cuti semester dengan gumbiranya...
sekitar jam 10 pagi berlaku kejadian yang luar biase yang menyakitkan teman sekerja saya (asik2 menda luar biase..mcm lame gile je ayat)..haha...nak tau tak macamana saya menyakiti teman saya itu....

saya dengan ini mengisytiharkan saya mempunyai cas negatif yang berlebihan...ini melalui pembacaan saya dr cni..
http://berita-harian-online.com/elektrik-dalam-tubuh/....

ktrg mcm biase la saling pegang and bersentuhan antara satu sama lain(sesama mahram)...tp tbe2 je die menjerit n aku rse mcm sakit2 kat hujung jariku ini...ade juga bunyi mcm berdesir keluar dari hujung jari ku...bunyi die mcm ni..siiiirrrr..(haha..tataw la mcm mne nk ckp..tp mcm bunyi arus elektrik la)..pastu kwn saya tu pon jerit..woi sakit la..mse tu saya pegang belakang die nak soh die tepi sikit sbb saya nk amik duit..tbe2 die kena renjatan hasil pengangan dari jari2 comel saya..haha..pastu trus die cite kat bos..haha...

mule2 aku igt ok je la..pastu ptg tu aku test ag pegang2 die..n then menda yang same terjadi..die dh trauma..die kate..NISA!!STOP TOUCHING ME..DIE KATE BDN DIE YANG SAYA PEGANG TU STILL RSE KEBAS2..SIAN PULAK KAT DIE.. :(..

ape sbnrnya yang terjadi kat aku ni..dah tak lme lg ke aku hidup.tidaaaaaakkkkkkkkk........ (seperti biasa imaginasi menguasai diri)

balik je keje terus on laptop then google la ape ag...
MANUSIA yang memiliki cas negatif berlebihan boleh mencetuskan renjatan elektrik kepada manusia lain ketika bersentuhan...   ini yang saya dpt dari pembacaan saya..hurmmm


 saya juga ingin berkongsi :

Tabiat dan suhu

Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.


Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.


MANUSIA yang memiliki cas negatif berlebihan boleh mencetuskan renjatan elektrik kepada manusia lain ketika bersentuhan.




Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas..
Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan.

Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.
Namun,  bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.

Penyakit

Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.

Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.
Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.

Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh, katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.

Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.
Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.

credit : kosmo.com.my

 sekian..

6 comments:

  1. hahahha. bio beno nisa oit. lps ni nak caj hp pakai tgn ko la. ;) hehe. gurua deh.

    ReplyDelete
  2. aiyyyoooo... lu amoi manyak bahaya la.... tp rasenye ok je kite sentuh2 pegang2... sebab aku cas +ve n ko -ve so takde pape kot... haha..jadi neutral...

    ReplyDelete
  3. haizam..ahhha..tu r psl..
    klu xde lektrik pon aku leh pgg mentol then bercahayalah rumah anda..haha..mcm super woman tak aku..ahha..btw haizam..ko tak caye ek...aku pon tak caye..tp lately mcm selalu sgt dh aku se..ahah..

    ReplyDelete
  4. wawa-aku pon rse camtu kot..aku punya -ve byk sgt..so dont worry..kite msh lg buleh bersentuhan..ahha...

    ReplyDelete
  5. aku nih. ko rasa sape? haha.

    aku rasa aku pernah kot jadi mcm ni. hahah. terlebih cas -ve lah kot masa tu. teehee~
    nice entry anywayy!! :)

    ReplyDelete
  6. haha..owh bollat ku...kaulah bollat ku yang satu..ahah..

    btol ke pnah rse gak..ahha..slmt2..ade geng gak aku ni..ahha :)

    ReplyDelete

rAJIn RAjin lA KOMen YE...
BKN KeNa bAYar pon...
klu kENa byR SAyA Bg UtaNG Dulu..thuN Dpn bYR K

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...